Monthly Archives: June 2012

Monthly Archives: June 2012

JACK DZULL SUARA WORLD CLASS

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Mungkin ramai yang tidak mengenali Jack Dzull seorang pemuzik yang betul-betul humble dan berpijak di bumi nyata. Suara beliau memang 1st class dan pada saya sudah tahap World Class!!. Jack Dzull sejak banyak mempersembahkan lagu-lagu pada sessi Teh Tarik Bersama YB di restoran NZ Garden Curryhouse di KLCC, ramai sudah mula terpikat pada suaranya dan alunan gitar kecil miliknya itu.

FILEM MADAGASCAR 3 GILA-GILA PUNYA GILA!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam KAKI WAYANG | SILA KOMENLAH SIKIT  

Itulah tajuk yang saya rasa sesuai untuk menjelaskan sifat sebenar animasi sekuel Dreamworks ini dari Madagascar 2. Boleh dikatakan di dalam filem Madagascar kali ini segala-galanya mustahil tetapi boleh dilakukan. Dari Pegawai Unit Kawalan Haiwan yang gila hebat, hinggakan harimau belang yang boleh melompat menembusi gelung sebesar cincin. Memang tak boleh percaya Dreamworks boleh menhasilkan karya sebegini hebat menampilkan empat jenis haiwan Singa, Kuda Belang, Zirafah dan Badak Air.

SUNGAI SEJUK KETENANGAN SAUJANA JANDA BAIK RESORT

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | 2 komen diberi

Janda Baik bukanlah perihal seorang janda yang baik sifatnya tetapi adalah nama sebuah daerah di Pahang yang boleh memberikan ketenangan kepada janda-janda yang mungkin bertandang ke situ.. Err, apa saya tulis ni?? Fokus semula Jika anda inginkan kenyamanan dan ketenangan sambil mendengar air sungai jeram menderu deras di luar pintu rumah anda, cubalah menginap di Saujana Janda Baik Resort, Janda Baik, Pahang. Memang best!!! Anda akan berpeluang menginap di chalet seperti ini….

MENYEMAI KASIH DI ISMAH BEACH RESORT

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan kemungkinan buntu dan bingung nak bawa ahli keluarga bercuti atau berkelah ke mana-mana, Pantai Padang Kemunting di Masjid Tanah, Melaka boleh menjadi salah satu destinasi pilihan anda. Pantainya tidak jauh dari Pantai Pangkalan Balak yang juga masih lagi cantik dan dijaga sehingga ke hari ini.

LAYAK KE PAK ANWAR IBRAHIM JADI PM??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kalau soalan itu ditanya, asalkan individu itu mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Rakyat iaitu Parlimen layak lah mereka untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenankan. Tapi ada juga beberapa sebab kenapa seseorang tak layak untuk dipilih menjadi PM ni. Sekarang ni heboh pihak UMNO dan BN suruh tolak insan bernama Anwar Ibrahim dari menjadi PM mentadbir negara Malaysia ini.

KFC BERUBAH WAJAH KE?

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Pada beberapa hari lepas saya mengunjungi restoran fastfood di Wangsa Maju iaitu KFC atau nama penuhnya Kentucky Fried Chicken. Masuk-masuk je saya terkejut kerana sudah ada make over yang dilakukan kepada susun atur restoran itu yang jauh dari kebiasaan sebuah restoran KFC. Di bawah ini ialah gambar pengasas KFC iaitu Coloner Sanders.

HIKAYAT SANG KANCIL DAN MONYET YANG EPIC!!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Saya pasti ramai dari kita yang pernah merasa bagaimana peritnya tergigit cili padi atau cili burung yang rasanya pedas mencengkam tu. Panas telinga dan selepas itu bermacam-macam rasa panas dan bahang di bibir akibat cili yang ditergigit kan itu. Kalau nak tau macam kepedasan tu boleh makan diri kita, kita tengok lah video yang rasanya ramai yang ingat dan mengidam hendak melihat semula ceritanya….   Jadi, benda pedas ini kalau kita tak pernah merasa berhati-hatilah bila mencuba supaya kita tak …

KERAJAAN BELANJA KITA HARI-HARI

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Tahun 2012, pada saya adalah tahun paling banyak aturcara politik pilihan raya berlaku dalam negara. Ceramah sana sini, kempen sana sini, roadshow sana sini dan tuduhan sana sini. Saya lihat ada sesetengah antara kita juga sudah pandai membuat analisa politik termasuk peristiwa penting tentang bila PM akan bubar Parlimen. Saya rasa bertuah kerana rakyat Malaysia ramai yang suka ambil tahu. Tidak kurang juga yang menuduh parti kerajaan pemerintah itu dan ini. Yang paling kerap di dengar, parti pemerintah makan duit …

PERLEKEH SEKTOR AWAM?

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Hari ini akhbar Utusan Malaysia melaporkan perihal para rakan kita yang bukan Melayu tidak minat sertai sektor awam kerana gaji dan pangkat. Saya ni pernah bekerja sebagai kakitangan awam dan ada beberapa rakan sepejabat dari bangsa bukan Melayu datang dari Cina dan India. Serius saya kurang senang dengan artikel itu.