NASI GORENG UDANG PEDAS POWER (8 GAMBAR)

Biasanya Ipoh juga turut menjadi tempat makan yang selalu orang kunjungi kan. Dengan Nasi Ganja, Nasi Vanggey, Laksa dan tidak kurang juga Mee Rebus Ramli yang menjadi kegilaan orang ramai. Bukan itu sahaja tau, di Ipoh terkenal juga dengan masakan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai terletak seberang jalan berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Saya mula menikmatinya pada 2003 dan masih terpaut sehingga hari ini.




Ini lah gerai dia. Gerai Nasi Goreng Udang yang famous di Ipoh. Masa saya ambil gambar ini baru dekat nak petang. Menjelang malam ramai orang yang mula datang membanjiri kedai ini untuk menikmati Nasi Goreng Udang. Selain Nasi Goreng Udang, ada juga hidangan lain macam Mee Udang. Kenapa ya popular sangat gerai ini, sebabnya hidangan Nasi Goreng Udangnya banyak udang sampai menutup nasi. Memang jenuh lah nak menghabiskannya.

Anda kena makan dengan perlahan sambil mengupas satu persatu kulit udang dan anda dapat rasakan kemanisan isi udang itu. Memang lazat. Dengan cili padi yang berganti-ganti diletakkan dalam nasi lagi menambah kepedasan dan power maasakan ini. Sampai je ke kedai ini anda perlu pesan “Nasi Goreng Udang”.

Tengoklah cili padi dan udang tu, saya tengah menulis entry ni pun dah rasa terliur semula melihatnya. Rasanya macam Nasi Goreng biasa cuma ia sedikit masam dan pedas. Udangnya cukup sedap di masah bersama. Jadi, kepada para penggemar udang kenalah datang ke Gerai Nasi Goreng Udang ini. Selain itu gerai ini juga menjual Rojak Sotong dan Sotong Kangkung macam makan di Penang tu untuk dinikmati oleh anda. Jangan lupa sepinggan Kerang Rebus juga perlu menjadi sajian.

Teh”O”Suam : Menyelerakan sungguh.

ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT

Komen di Facebook: