INSAN BERTUAH BERSARAPAN DENGAN PM NAJIB RAZAK

Saya sudah mencuba beberapa kali untuk mendapat peluang bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tetapi masih gagal sehingga ke hari ini. Tetapi bagi empat pengikut Twitter beliau pasti berasa amat bangga apabila berpeluang bersarapan beliau di restoran Chawan di Bangsar semalam pada Sabtu.

Antara yang bertuah juga ialah pengikut (Follower) akaun Twitter PM yang ke 500,000. Bertuah sungguh tambahan pula mereka mendapat iPad selepas majlis sarapan pagi itu. Pengikut Twitter beliau itu namanya ialah Anwaruddin Izzudin berusia 15 tahun. Tiga orang pengikut Twitter bertuah ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy, dan Mohd Azhar Hashim. PM habiskan masa dengan mereka bersarapan tu kira-kira sejam. Datuk Seri turut berbora dengan pelbagai topik dari politik, kehidupan seharian dan juga menandatangani autograf.

Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.

 

Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama Perdana Menteri

 

Beliau kata, dia mengikut @NajibRazak selepas mendapat tahu dari abangnya bahawa PM mengadakan peraduan untuk berjumpa dengan Twitter yang 500,000. Pada sesi itu juga PM turut berborak mengenai pasukan Liga Perdana Inggeris Manchester United.




Teh”O”Suam : Bertuahnya mereka tu…

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook: