Daily Archives: 23/05/2012

Daily Archives: 23/05/2012

APA KATA.. WUJUDKAN TABUNG BONUS KAKITANGAN AWAM

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Sebaik selesai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada setiap pembentangan Bajet negara. Dalam kalangan kakitangan awam sudah pasti akan bertanya sama ada terdapat pemberian bonus oleh kerajaan atau tidak. Biasanya kerajaan akan berikan sebulan gaji di bayar sebanyak dua kali atau separuh bulan gaji dibayar penuh. Keluhan akan biasa kedengaran apabila ada yang mengeluh “Sebulan saja??” Mulalah ada yang menuduh mereka kurang bersyukur.

MALAYSIA INI NYAWA BANGSA MELAYU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Saya mula mengenali Malaysia secara keseluruhannya bermula sekitar tahun 90-an. Saat pertama yang mendekatkan saya untuk mengenali apa kandungan dalam negara ini ialah selepas menonton siaran langsung pengebumian di-Raja bekas Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Makam Diraja Langgar, di Alor Setar Kedah. Saat itu saya menyedari air mata saya mengalir dan rasa sebak yang amat sangat melihatkan ramai rakyat Malaysia beratur saat melihat pentara membawa jenazah Almarhum Tunku. Saat itu saya tertanya-tanya apa istimewanya Malaysia …