Monthly Archives: April 2012

Monthly Archives: April 2012

(10 GAMBAR) SABAH CANTIK DALAM FILEM GERIMIS MENGUNDANG

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Mulai esok, kira-kira genaplah sebulan sebelum filem Gerimis Mengundang bertemu penonton di pawagam-pawagam di empat buah negara. Filem terbitan eRama Creative itu diarahkan oleh Ahmad Idham akan ditayangkan di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Buat peminat filem di Malaysia, filem ini bakal menambat hati anda kepada emosi dalam cinta. Dihasilkan dari lagu Gerimis Mengundang nyanyian Zamani Slam satu ketika dulu, ia sudah cukup menjadikan jiwa kita sebak.

IBNU K ONLINE BANTU PROMOSI BISNES BUMIPUTERA MELAYU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA, CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Alhamdulillah Ibnu K Online sudah pun selamat didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 22 Mac 2012 lalu. Serentak dengan itu juga saya membuka ruang kepada peniaga Melayu bumiputera yang kecil dan sederhana untuk menghubungi saya seterusnya membantu mereka mempromosi perniagaan mereka kepada laman siber ini. Apa sahaja jenis perniagaan produk, saya sedia membantu anda untuk dipromosikan ke laman blog IBNUKHUSAIRY.COM.

JIKA ADA UNIVERSITI P RAMLEE, IA BAKAL JADI LAMBANG IKON 1MALAYSIA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Tiba saya terkenang Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Semalam ada kawan yang tweet balik dialog dalam filem P Ramlee antaranya Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Labu Labi dan Masam-Masam Manis. Tweetnya tahulah saya bahawa kawan saya itu seorang peminat P Ramlee tegar.

FILEM GERIMIS MENGUNDANG 31 MEI INI DI EMPAT NEGARA SERENTAK

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Saya pasti ramai yang sudah terpukau dan terpikat dengan fenomena Zamani dan Cinta dalam Teater Muzikal Gerimis Mengundang yang dipentaskan di Istana Budaya bermula 27 Mac hingga 8 April lepas. Ramai sungguh yang menonton teater itu menyifatkan ia lucu dan lakonan Kamal Adli sebagai Zamani dan Mikha Tambayong sebagai Cinta. Oleh itu, korang pada 31 Mei ini kena pulak tonton filem Gerimis Mengundang

RTM BIAR FILEM HINDI ADA LIRIK LAGU UNSUR KETUHANAN BERLEBIHAN??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Malam tadi TV2 sebuah stesen televisyen kelolaan RTM menyiarkan filem Hindi bertajuk Mujse Dosti Karoge lakonan Hrithik Roshan, Rani Mukherjee dan Kareena Kapoor mengisahkan konflik cinta tiga segi. Tidak dinafikan pada awal kemunculan filem ini saya juga meminatinya. Maklumlah filem Hindi.. dan sudah ramai peminatnya di Malaysia sejak dahulu lagi. Salah satu sebab best tgk filem Hindi dengan RTM ialah mereka akan menterjemahkan sekali lirik lagu yang dinyanyikan. Untuk pengetahuan korang, saya pernah bertugas di RTM di stesen TV ini …

BILA KITA TAK PEKA.. JADI BEGINILAH…

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam GAMBAR | SILA KOMENLAH SIKIT  

Walaupun saya ni sokong kerajaan tapi kalau ada perkara yang tak munasabah dilakukan oleh mereka, saya agak kurang selesa jugak. Lebih-lebih lagi kalau soal asas dan kekuatan sesebuah agensi. Perkara ini saya dah lama melihatnya tetapi bila melihat satu tindakan membaiki sesuatu perkara tak dilakukan, lagi hati saya panas.. Saya tertanya siapa lah yang memegang pentadbiran Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia ini kerana jelas ia tidak mengambil berat tugasnya.

EDISI ISTIMEWA : KAKAK SAYA TERENCAT AKAL….

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Beberapa hari lalu saya menerima kiriman email dari seorang pembaca IbnuKhusairy.Com bertanya satu perkara :- Liyana wrote : Bro Ibnu K, Saya mempunyai seorang kakak yang mengalami masalah terencat akal. Saya selama ini duduk di rumah dan menjaganya. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya rasa malu mempunyai seorang kakak sedimikian dan rasa menyampah bila terpaksa membasuh bajunya dan pelbagai lagi kerja membantunya. Saya rasa benci melihatnya Bro Ibnu. Bagaimana? Begitulah sedikit sebanyak email yang dihantar kepada saya. Kalau diamati dari tulisannya, …

DUGAAN TERANCANG #2 KITA BOLEH BERSEDIA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Pada edisi pertama, saya ada kongsikan betapa kita mungkin gagal dalam menghadapi pelbagai dugaan yang kita tempuhi sepanjang menjalani hidup ini. Korang akan dapat merasakan betapa perit sesuatu dugaan atau kejadian yang menimpa kita. Pedih dan kadangkala kita akan berasa kaki kita berat untuk diangkat waktu berjalan. Kalau ada sesetengah orang, mereka akan terus tumbang dan berputus asa untuk meneruskan hidup.

RESIPI : IKAN BAKAR TOMYAM

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ikan Bakar sekarang sudah dicipta resipi dengan bermaca-macam jenis. Ada yang bakar kosong hanya dengan kunyit dan garam. Ada yang bakar bersambal. Kali ini saya nak kongsikan Ikan Bakar Tom Yam yang rasa dia memang mengancam macam rasa Tom Yam tu. Sedapnya. Korang nak tau macam mana nak buat ke? Kalau nak belajar resipi ini, Korang Klik SINI. Teh”O”Suam : Jangan lupa support blog AlasPerut.Com ya…