Saya memberikan ingatan ini kerana ia boleh berlaku dan membahayakan pengguna yang suka membeli gajet ini yang sering di jual di gerai atau kedai menjual jamu dan ubat seluruh negara. Kalau anda ada membeli bantal panas atau nama yang dipanggil Tunku Elektrik ini, ia boleh meletup dan membahayakan nyawa keluarga anda. Bantal ini biasanya dalam pelbagai warna dan ada yang disertakan magnet di dalamnya untuk membantu proses bertunku dengan harga sekitar RM20 ke RM50 bergantung kepada fungsinya.
Ini adalah contoh bantal yang disertakan dengan wayar pemanasnya yang akan berhenti memanaskan bantal selepas ia mencapai suhu tertentu. Biasanya tempoh pemanasan antara 5 minit dan ia mampu bertahan dalam keadaan panas untuk dua hingga tiga jam. Tetapi disebabkan sesuatu, bantap panas ini boleh meletup mungkin kerana jahitan pada bantal ini yang tidak mampu menahan kepanasan dan tekanan akibat bahan di dalamnya yang boleh panas. Ahli keluarga saya hampir terkena percikan air panas di dalam nya sebaik meletup selepas dipanaskan kira-kira 4 minit.
Inilah yang terjadi pada sofa di rumah saya yang habis basah disebabkan dek percikan bahan seperti minyak yang berwarna merah di dalam bantal berkenaan yang tersembur selepas ia pecah. Mungkin kerana tekanannya yang amat tinggi. Mujur ahli keluarga saya tidak tercedera atau melecur bahagian tubuhnya akibat percikan bahan panas itu. Saya khuatir, adakah pihak berwajib memantau penjualan bantal ini yang semakin berleluasa sekarang. Saya mengakui, saya juga membelinya kerana boleh dijadikan sebagai tunku tetapi selepas kejadian ini, saya tidak akan membelinya lagi.
Lokasi tempat plug bantal berkenaan di pasang sebelum kejadian bantal panas meletup. Saya bukan nak merosakkan periuk nasi mereka yang menjual barangan ini, tetapi anda kena periksa sebaik kejadian seperti ini berlaku. Jangan bila saya menulis tentang perkara ini semua menuding jari kata saya mahu tutup periuk nasi orang lain. Apa faedahnya pada saya?? Jadi kepada korang yang masih belum membeli lagi bantal panas ini disarankan supaya berhati-hati keraa ia juga boleh terjadi kepada anda.
Inilah bantal panas yang meletup dan pecah sehingga hampir membawa kecederaan.
Korang lihat sendiri cecair berwarna merah yang keluar daripada bantal ini, entah apa bahan yang diletakkan di dalam bantal ini yang mungkin membahayakan. Saya berharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan atau pemantauan terhadap penjualan bantal-bantal jenis ini yang meluas di seluruh negara sebelum ada terjadi kematian dek sebab bantal panas ini meletup.
Teh”O”Suam : Bahaya wooo..
Komen di Facebook:














Scary nye!! naseb baik takde cedera..