JALUR GEMILANG ITU SEMAKIN PUDAR

Ketika ia baru lahir semangat seluruh warga berkobar menyala marak

Beerti kita berdaulat dan mempunyai cara kita sendiri

Seluruh pelusuk menyatakan sumpah kepada Raja iaitu pembela bangsa

Jangan menderhaka walau sekelumitpun kerana Raja itu tonggak negara

Lama bendera itu berkibar megah memacu negara yang dipanggil Malaysia.

Kita berikan nama bendera itu Jalur Gemilang.

Kini sudah lebih 50 tahun kita hidup dengan cara kita.

Aku lihat warna Jalur Gemilang seperti makin pudar.

Bulan sabit simbol keislaman dicabuli di sana sini.

Bucu 14 tanda negeri-negeri di kalangan kita sudah berpecah-pecah.

Warna biru lambang utuhnya perpaduan dicalit-calit warna perpecahan.

 

Betulkah pandangan mata ku?? Jika betul, jangan biarkan.

Hapuskan tangan perosak warna gagah Jalur Gemilang.

Jangan dibiarkan 14 jalur merah putih jadi bercampur-campur dek warna kebencian dan dengki

Kita merdeka bersama-sama, kita berjalan bersama-sama, kenapa kita tidak mahu berjaya bersama-sama??

Jalur Gemilang perlu terus berkibar di sana, di puncak tiang kedaulatan.

Aku tidak upaya membetulkan warna Jalur Gemilang

Kamu yang diberi amanah berhak melakukannya.

Aku cuma memerhatikan sahaja, bimbang jika Jalur Gemilang hilang warnanya

Aku sudah tidak ada negara.

Ayuh, gagahkan merahnya simbol keberanian.

Cerahkan kuningnya bulan sabit tanda agungnya Islam.

Garangkan birunya  simbol kuatnya ikatan kita.

 

Teh”O” Suam : Kibarkan bendera kita



  • blogger
  • facebook
  • twitter

Ditulis pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

Tambah komen anda

CommentLuv badge