KUALA LUMPUR, 24 Feb – Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal berlangsung bukanlah satu pertarungan untuk menentukan siapa kerajaan di antara kerajaan BN dan pembangkang tetapi sebaliknya adalah usaha mempertahankan asas-asas pembentukan negara dari terus diserang pihak tidak bertanggungjawab.
Anggota Dewan Negara Senator Ezam Mohd Nor berkata asas negara ini ketika ini sedang diserang hebat oleh beberapa pihak yang berkepentingan dengan niat mencapai matlamat politik mereka dan ini adalah satu keadaan baru dalam negara ini.
Ezam berkata demikian sebelum beliau merasmikan NGO bangsa India dikenali Kelab 1Malaysia Action Team di Hotel Crystal Crown di ibu negara pada Jumaat.
Menurut beliau, ada beberapa orang pemimpin kanan dalam sebuah parti politik yang sanggup mengeluarkan kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong dengan mengatakan anggota polis di situ bukanlah wira yang sebenarnya.
Tindakan itu dilihat sebagai satu tanda bahawa permainan politik di negara ini sudah melanggar batas dan melampau kerana politik perlu digunakan dengan baik tanpa percubaan merosakkan asas-asas pembentukan negara.
Oleh itu, Ezam yang dahulunya adalah Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yakin penubuhan NGO seperti Kelab 1Malaysia Action Team ini mampu membantu kerajaan dan parti Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi serangan hebat ini.
Dengan Pilihan Raya kali inilah usaha-usaha mereka yang digelar sebagai pengkhianat negara akan dapat dipatahkan seterusnya bapa-bapa pengasas yang telah meletakan asas kukuh ketika penubuhan Malaysia selepas Merdeka akan terus terpelihara.
- IBNUKHUSAIRY.COM
Komen di Facebook:








