HANYA SATU LINE CLEAR

Kalau korang dengar istilah “Line Clear” pastinya ramai di antara kita yang teringat kepada Saiful Apek yang kerap menggunakan istilah itu. Tetapi sebenarnya pada hemat saya, Saiful Apek mengambil nama “Nasi Kandar Line Clear” yang telah bermula sejak tahun 1930 sebagai tagline beliau. Semenjak saya mula mengenali spot Nasi Kandar ini pada 2000 setiap kali saya singgah di Pulau Pinang, pasti akan singgah di Nasi Kandar Line Clear untuk melampiaskan keinginan menikmati nasi kandar sedap mereka.

Ini antara tauke senior Nasi Kandar Line Clear yang sejak dulu beroperasi di celah antara dua bangunan di George Town. Tanyalah pada sesiapa yang memang selalu ke Penang pasti akan mengetahui lokasi ini. Saya pasti korang pun ramai yang tahu. Kepada yang tidak tahu, anda boleh mencarinya dengan GPS anda kerana dalam search di ruangan POI lokasi Nasi Kandar Line Clear akan ditunjukkan. Kalau dulu, korang yang datang drive mungkin susah nak cari parkir. Tapi, sekarang di hadapan kedai legend ini sudah ada parkir disediakan.




Pernah sekali saya tanyakan kepada owner dia, kenapa tak nak berpindah. Dia cuma cakap nanti pelanggan setia mereka tidak tahu mencari lokasi kedai baru. Mudah alasan tetapi menghormati kedatangan pelanggan setia mereka yang kebanyakannya datang dari jauh dan bukan dari Pulau Pinang. Tauke senior Nasi Kandar Line Clear masih ingat pada saya yang datang lama dahulu. Itu antara ciri istimewa para owner Line Clear ni.

Maklumat terbaru dari risik-risik saya sebenarnya Nasi Kandar Line Clear akhirnya membuka cawangan baru selepas lama beroperasi di situ. Untuk yang nak ke outlet di Penang, alamatnya ialah di celah bangunan di Chulia Street dan Penang Road. Kalau rasa-rasa tak boleh jumpah jugak macam ini rupa warung yang korang kena cari.

Untuk cawangan baru Nasi Kandar Line Clear ia terletak di No 1327, Lorong Malinja 1, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau korang berada di Penang, carilah masa untuk menikmati Nasi Kandar Line Clear ok. Pasti takkan menyesal.

Teh”O”Suam : Tangan bau kari la lepas tu!!

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K

Komen di Facebook: