Biasanya kalau korang anak dara, bujang dan pasangan baru berkahwin hendak cari rumah sewa mesti tengok iklan yang ditampal di merata-rata tempat kan. Perkata seperti Untuk Disewa dan For Rent pasti akan menarik perhatian korang untuk menelefon seterusnya menetapkan temujanji untuk melihat keadaan rumah itu.
Ada jugak yang tak tengok rumah langsung sebab nak pakai cepat, terus sahaja bayar deposit dan sewa rumah bulan pertama untuk cepat berpindah ke rumah baru. Korang tahu tak?? sewa rumah ni pun sekarang sudah menjadi sindiket yang mengaut duit menipu orang.
Caranya mudah, katakanlah korang ingin menyewa rumah di mana-mana dan hanya bergantung kapada iklan yang ditampal oleh ejen menyewa rumah di sana sini. Korang pun telefon dan berkata mahu menyewa rumah tersebut berdasarkan kepada gambar yang dipamerkan di dalam laman web sahaja. Setelah bersetuju dengan kadar sewa dan jumlah deposit yang di minta, korang pun tanpa memeriksa apa-apa terus sahaja mendepositkan wang deposit kepada ejen berkenaan.
Tiba hari korang akan masuk ke rumah baru itu, baru anda tahu yang ejen berkenaan sebenarnya bukan ejen rumah itu sebaliknya sudah pun songlap duit korang dan enjoy entah ke mana? Rumah tu pun bukan rumahnya. Jadi, korang yang nak menyewa rumah terutamanya bujang dan anak-anak dara ni, periksa betul-betul nombor telefon pemilik rumah atau ejen sebelum membuat bayaran atau pun keputusan. Supaya korang tak menangis ditipu nanti. Sindiket ini sudah pun semakin berleluasa sangat.
Teh”O”Suam : Sewa rumah pun boleh buat duit
Komen di Facebook:





