Resepi : Tauhu Sumbat Yang Lazat

Biasanya Tauhu Sumbat ni budak-budak kan yang suka makan. Saya antara orang yang tak suka makan Tauhu dan tak suka Tauhu Sumbat. Dah sah-sah lah kan. Oleh itu, dari ibu tersayang, saya dapatkan resepi ni untuk korang semua. Tauhu Sumbat.

Bahan-Bahan Yang Korang Perlu Sediakan

2 keping tauhu (dipotong segi tiga dan digoreng) Macam mana buat nanti kita cerita.

5 cm atau 2 inci Timun (di potong sesuai nak sumbat dalam tauhu tu, panjang-panjang ya)

1/4 biji sengkung (di mayang)

60gram  tauge dibuang ekor dan dicelur.

4 hingga 6 daun daun salad (di basuh dan dikeringkan)

1 biji cili merah (di potong-potong dan direndam)

2 sudu besar minyak atau secukupnya.

1 mangkuk sos cili (untuk cicahan)

CARA MEMBUATNYA

  • Menggoreng Tauhu

Panaskan minyak di dalam kuali, Keringkan tauhu selepas dibasih, potong tiga segi, kalau tak tahu potong je dari sudut ke sudut satu lagi, jadilah tiga segi. Goreng sehingga tauhu rasa agak keras, terpulang pada selera masing-masing jugak lah..Kemudian Tuskan atau keringkan juga Tauhu tu.

  • Sediakan Sayur

Didihkan air dan celurkan tauge kemudian tuskan juga, potong atau mayang timun dan sengkuang yang disediakan. Kalau tak ada pergi beli.

  • Sediakan Tauhu Sumbat

Selepas tauhu yang digorengkan sejuk, torehkan bahagian tengahnya supaya ada ruang untuk disumbat sayur-sayuran tu tadi dengan menggunakan hujung pisau.

Sumbatkan sayur-sayuran ke dalam Tauhu tadi dengan sudu atau penyepit.

  • Mengatur Salad

Aturkan daun salad di dalam pinggan bujur. Atur suhu sumbat dan hiaskan dengan cili. Hidangkan Tauhu Sumbat korang tu dengan sos cili, sos kacang atau apa-apa sahaja sos yang korang suka.


Hidangan ni di masak untuk dua orang sahaja.

Tapi kalau nak mengubahnya boleh juga, korang boleh tambah tuna, udang yang ditumbuk ke atau pun mayonis sikit kalau nak ada kelainan pada tauhu sumbat korang. Tambah lah juga Black Pepper sikit.. Baru power!!!!

Teh”O”Suam : Pekena aku sambil makan tauhu sumbat petang-petang… pergghhh…

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook: