Resipi Tom Yam Putih

Biasa tak korang pergi ke Thailand?? Bagi yang selalu dan lebih sekali sudah sampai ke sana pasti dahagakan rasa Tom Yam yang terus datang dari Thailand Siam yang cukup masam, pedas dan sedap. Hehehe.. jangan tak tau Ibnu K ni bolehlah masak jugak sikit-sikit setakat hidangan halal tu. Tapi segan nak kongsikan resipi. Tapi bila tengok ramai yang tengok resipi Ikan Patin Masak Tenpoyak tu, rasa nak share lagi lah..

Okay, hari ni sempena berbuka Ibnu K nak kongsikan resepi Tom Yam Putih.. Tom Yam putih ni biasanya ditemui di Thailand sahaja sebab ada bahan yang berbeza. Tambahan pula ia banyak menggunakan cili padi daripada sambal tomyam yang berwarna merah tu.

Resipi ini diperolehi daripada rakan chef yang berada di Bangkok masa Ibnu K pergi Bangkok kejap. Sempat jugak dapatkan resipi ni. Pernah try dan hasilnya tidak mengecewakan.

Bahan-Bahan

1 mangkuk ayam & dipotong kecil
2 mangkuk air
7  ekor udang dibuang kepala ( kalau tak nak buang kepala pun ok)
5 ulas bawang putih – diketuk
1 biji bawang besar -dibelah 2
5 biji cili padi – diketuk
2 biji tomato – dipotong dadu
3 batang serai – diketuk
6 helai daun limau purut diketuk
1 sudu kecil ssam jawa – seeloknya gunakan yang tanpa biji
2 biji limau nipis – dibelah dan dibuang biji
Daun ketumbar – dipotong kasar
Garam & gula – secukup rasa

Bawang besar dan cili padi tu kalau korang nak blend pun ok.. Sebab kadang-kadang ada anak-anak atau bapak budak pun yang x suka bawang ni.. Nampak pulak cili padi lagi gerun.. Hehehe

Langkah-Langah Memasaknya :

1. Tuangkan air kedalam periuk
2. Masukkan ayam & bawang putih
3. Masukkan udang dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit
4. Masukkan air asam jawa, kacau
5. Besarkan api sebesar-besarnya, dan masukkan  sekaligus serai, daun limau purut & bahan yang diblender (bawang besar dan serai) . Biarkan menggelegak kuat   selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa..
6. Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan lada jarum (Sebenarnya kalau tak masuk gula pun boleh, takut ada yang nak rasa manis sikit)
7. Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis 2 belahan. Pastikan proses ini berlaku 8.tidak lebih 20 saat
9. Tutup api. Angkat terus dan hidangkan
10. Taburkan potongan daun ketumbar sebagai hiasan sikit.

Tom yam adalah salah satu hidangan yang berkhasiat sebab dia tak melibatkan minyak dan banyak juga menggunakan herba dalam masakan antaranya halia, serai dan daun limau purut yang boleh membantu mengekalkan kesihatan kita. Ada nak resipi lagi terus emailkan saja kepada Ibnu K di ibnukhusairy@gmail.com.

Ibnu K : pedas menyengat..


Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

  • een

    thanks… tapi nak tanya memang tak yah letak lengkuas ek?… heheh baru nak try esok ni, nampak mcm nyum nyum…

  • annie

    hmmmm

  • Suzanne Grey

    Is there any English Translation?
    Suzanne Grey recently posted..How Can Hydrocodone Abuse Effect You?

  • sexymama

    ble ke klu cmpur seafood lain mcm sotong,ketam dll?

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Silakan ya..

  • http://kelambukhemahhusnaashoppe.blogspot.com/ husnaa

    tq share resepi..
    nk try masak tuk lunch arini
    husnaa recently posted..@ Cara Tingkatkan Traffic Blog @

  • http://kelambukhemahhusnaashoppe.blogspot.com/ husnaa

    tq sbb share resepi

    …ari ni nk try masak tomyam putih plak…
    husnaa recently posted..@ Cara Tingkatkan Traffic Blog @

  • http://tamanfirdausi.blogspot.com mawar

    thanks a lot..baru mlm tadi trfikir2 macm mana nk buat tomyam putih…sbb sy suka mkn tomyam putih..tak suka mkn tomyam merah yg biasa tu…arini jumpa resepi kt blog awak ni..padanlah trgerak hati nk buka blog awak ni..:) rupanya nk jumpa resepi kt sini..hehehe…insyaallah pasni leh try buat,…

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Alhamdulillah.. hehehe best kan?? cuba tambah lagi cili padi memang meletup lah..

  • http://www.nifhana.blogspot.com nana

    dah buat dh resipi ni hari ni dan sgt sedapppp..yummmyy..tapi saya tk blender pun sume campak je..hehe..

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Original Thai ni biasanya cara buat paste dia tu yg rahsia sangat, banyak bahan-bahannya.. Apapun saya lagi prefer Tom Yam putih dari yang merah tu.. kick dia lebih sikit..

  • Roza

    Saya pernah cuba tomyam di Restoren Chengmai, Sg Buloh, Sel. Sedappp mcm ada taruh kerisik sikit tapi x berani nk confirm. Mungkin bahan lain. Tapi ini original Thai.