Resipi Ikan Bakar Bersambal.. Sedapnya…

Tibalah kita sekali lagi tahun ni menyambut bulan Ramadhan ya. Bulan yang penuh keberkatan dan di sinilah juga kita berebut-rebut untuk mendapatkan kebaikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua akan dapat memilikinya. Okay, untuk Ramadhan, Ibnu K nak berkongsi satu lagi resipi juadah berbuka yang pasti menjadi antara kegemaran ramai.

Resipi kali ini yang Ibnu K nak kongsikan ialah Resipi Ikan Bakar Bersambal. Pastinya ramai yang tau hidangan ni biasanya disediakan di kedai-kedai makan tersohor, atau medan ikan bakar yang menjadi kunjugan ramai kan…

Jadi kira macam ginilah rupanya antara yang dimasakkan untuk hidangan kan?? Jadi, kepada tukang masak yang membaca blog ni.. Sila ambil resepi yang Ibnu K dapatkan dari mereka yang pakar dan pernah membuka gerai ikan bakar.

Bahan-Bahan :-

Se-ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan baunya sikit)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok jugak.. lebih sedap rasanya)
Halia, diketuk
Serai, diketuk (dititik sikit pun ok jugak)
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Langkah-langkah memasaknya :-

  1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
  2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa.
  3. Masak sehingga likat dan naik minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  5. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
  6. Lapikkan dulang pembakar dengan  daun pisang.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
  8. Sesekali lumurkan lagi sambal.

Tips : Untuk anda membakar ikan, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah pun siap dibakar atau dimasak dan siap untuk dihidangkan dan di makan. Itu untuk saiz sederhana contohnya Ikan Siakap saiz sederhana. Namun, kalau ikan yang dibakar saiznya besar seperti Ikan Siakap yang dipancing eloklah dilanjutkan sedikit dalam 15 minit begitu. Untuk pastikan isinya betul-betul masak. Atau cara biasa, check sama ada isinya sudah boleh bercerai dari tulang.

Resipi ni diperolehi dari makcik Ibnu K yang pernah membuka gerai di Pulau Pinang dan serba sedikit tips dari Ibnu K sendiri. Kalau ada yang nak bertanya bolehlah email kat Ibnu K.. Alamatnya : ibnukhusairy@gmail.com

Ibnu K : Nanti ada resipi lagi Ibnu K akan kongsikan…

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

  • hayata

    mayang tu apa?

  • Anonymous

    dah try.. menjadi!! nice recipe