Ibnu K hari ini bersiar-siar di sekitar Jalan TAR di KL untuk meninjau keadaan selepas perhimpunan haram pihak BERSIH 2.0 semalam. Alhamdulillah, keadaan sudah kembali aman dan hidup dengan kebanjiran orang ramai hadir membeli-belah di sekitar kawasan tu.
Tapi, pakcik ini menarik betul perhatian Ibnu K dengan apa yang dibuat dan apa yang dicakapkan olehnya. Walaupun, imej pakcik ni wujudkan persepsi pada sesetengah orang, tetapi ilmu dan mesejnya jelas serta terang umpama mendengar amanat penting. Ibnu K pun tak dapat sangkalkannya malahan rasa malu dan terharu orang seperti pakcik ni sering di salah anggap.
Lihat lah sahaja, tulisan ayat suci Al-Quran yang dinukilkan oleh pakcik ini yang enggan memberitahu namanya dengan alasan beliau tak mau diberikan publisiti. Ibnu K dikatakan tidak layak untuk berbicara dengannya pada ketika tadi. Nasi yang Ibnu K belikan kepada pakcik ini pun ditolak mentah-mentah. Ibnu K tak kisah, hanya niat untuk membantu beliau.
Menurut pakcik ni, dulu dia tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan demi projek membina pusat membeli belah Sogo. Di hadapan Sogo, menurut beliau, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata…
Pakcik, mudah-mudahan Pakcik sihat… jom kita dengar apa pakcik ni nasihatkan kita…
Risik-risik, ada entry pasal Pakcik Depan Sogo di blog lain di blog haziqah nasirah di link itu.. BUKTI!!! Pakcik Depan Sogo bukanlah SB, MIO atau pegawai di mana-mana pasukan berkuasa… Pakcik ini memang tempat tinggalnya di SOGO.. Disitulah tempat dia berteduh siang dan malam…
Lepas ni ada lagi cerita pasal Jalan TAR…
Sebelum Ibnu K bertemu dengan pakcik ni, Ibnu K lega lah tengok KL dah kembali seperti biasa. Mula-mula Ibnu K pergi ke Pertama Complex, jalan-jalan kejap sebelum pergi meninjau sampai ke Restoran Insaf. Buskers juga membuat persembahan seperti biasa ditonton oleh beberapa orang di hadapan Kompleks Sogo.
Best je nampak suasana ni, mamat yang main gitar hijau ni sedap betul suara dia menyanyi. Tu yang ada peminat setia tu, dia bukan minta sedekahkan tapi dia menghiburkan orang ramai betul tak?? Insan-insan macam nilah yang buatkan suasana di ibu kota ceria dan orang ramai boleh beli-belah dengan rasa seronok dan gembira.
Ada lah Ibnu K jumpa seorang pakcik dari Sabah Saini Kussu namanya umurnya 62 tahun datang dari Kota Kinabalu nun.. Dia kata lega sangat sebab KL dah kembali seperti biasa. Dapatlah dia bawak keluarga dia jalan-jalan dengan dibantu oleh saudara yang kebetulan memang duduk di situ.
Penjual belon yang berwarna-warni pun sudah mula menjual semula belon untuk budak-budak yang datang bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Hehehe.. budak tu nak belon lah tu. Nasib baik tengahari tadi kat KL tak hujan, kalau hujan naya pulak kan?
Ibnu K : Banyaknya hikmah Dia….
Komen di Facebook:















subahanAllah…
menangis menonton video tersebut…
:’)
Cantik tulisan Pakcik Tanpa Nama
nampaknya…. pakcik nie lebih kuat iman dia dari kita..
kadang2 orang yang susah nie bukan la susah tapi kaya ilmu didada…
sebab itu tuhan beri ujian padanya…
dan pakcik nie bukan orang yang amalkan islam melalui akal…
syabas pakcik sogo…. semoga pakcik boleh ajar dan tegur lagi golongan2 muda pada zaman sekarang..
tak kisahlah duk kat mana pun yg pnting Pak Cik ni sentiasa ingat Allah drpd kita duk lam aircond, lam masjid tp duk mengumpat org tak guna gak…..walau dimana kita berada sekalipun itu tak jd halangan dr mengingati Allah walau lam jamban sekalipun
sesungguhnya islam pun tk ajar kita dok tepi jalan..
seribu keinsafan datang takala mengenangkan nasib pakcik tu…
http://www.bestincome2u.weebly.com
bodoh punya penyokong2 taksub puak2 PR….pakcik yg miskin ni dihina hina….bangang ke ape? wlpun dia miskin tp hatinya bersih….cara pak cik ni bckp nampak sgt dia punya keiklasan drpd puak2 PR yg bodoh sombong….ko hina org miskin ibarat ko hina Rasulullah sbb rasulullah masa hidup pun miskin gak, buta huruf lg tp Allah angkat juga jd Nabi dan Rasul…..
aki sgt2 berbesar hati dgn apo yg orgtuo misteri ini bgtau kek smuo…..aki hrp bndo nih jdkn sempadan….pikir byk2 sabolum bortindak……..beliau bkn org biaso…..Allah bg kito ptunjuk kek smuo…hmmm
Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah. pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih. Allah ya karimm.. hakikat pakcik hanya Allah yang tahu.. Allah.. memang Laailaahaillallah.. pecah dada ini.
saya tabik pakcik ni. dia tak hiraukan apa yang orang nak kata. lebih lebih lagi oleh bangsa sendiri. asalkan dia tahu apa yang dia lakukan dan segalanya untuk Allah s.w.t.
Aku pernah mendengar ceramah Israk dan Makraj, Bila di lihat kan kepada Nabi S.W.A penghuni syurga, ramai di kalangan mereka adalah dari orang Miskin dan papa. orang yang tak ada apa-apa di mata Dunia. Aku doakan semoga pakcik ni temasuk dalam golongan ini. dan itulah kejayaan hidup yang sebenar.
Di Malaysia ni ramai Cerdik Pandai, tetapi tak ramai orang Jujur.Cerdik pandai ramai , tetapi tak ramai yang jujur dalam menyampaikan Ilmu. Terpancar kejujuran dalam diri Pakcik tanpa Nama.Apa yang ucapkan berkesan di hati, walaupun apa yang dia ucapkan tu pernah kita dengar.
Dengar kata Pakcik ini. Allah S.W.T memfasihkan lidahnya untuk berkata kata tentang kebaikan dgn tujuan utk memperingatkan org2 yg leka. Bahawa kata2nya dpt dirakam dan disebar dgn meluas pun merupakan satu takdir Allah. Teguran suara keras dari seorang lelaki tua yg daif & lemah adalah jauh lebih baik daripada “pekikan” yg datang dari yg Maha Berkuasa.
xda sesiapa ke yg bertanggongjawap beri tmpat tggal yg selesa kat pak cik nie…. muslim hidup merempat???/
salam..
kalau nak mengetahui dan mendalami maksud zebenar zuhud sila dengar ceramah ini dahulu
http://www.youtube.com/watch?v=p4suXvWgRFE
sekian, terima kasih
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
?”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai HATI (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf 7:179)
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada HATI yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata HATI yang ada di dalam dada.” (Al-Hajj 22:46)
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: “Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim, dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini – sambil Baginda menunjuk ke dadanya (HATI) sebanyak tiga kali – Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.” (HR. Muslim)
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer RA, beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah HATI.” (HR. Bukhari & Muslim)
Untuk muhasabah buat diri ku dan yang ingin berfikir..
maaf tapi kawan saya bilang yang Malay Mansion terletak di Masjid Jamek dan masih lagi wujub..
org lame..byk betol pengalaman dy
syg mane la saudara mara dy
ak nk jmpe pkcik ni,, mmg dia pndai berkata2. tp dia phm ke apa tuntutn BERSIH2.0???
siapa kata BERSIH2.0 mbwa snjata, UTUSAN kah? @ BERITA HARIAN kah? bgus lah,, media dh berjaya meracun fikiran rakyat..dan rakyat terima tnpa berkata apa2.. wpun tnpa bukti.
nasihat yang bagus daripada pakcik ini..~
janganlah sesuka hati hendak menilai atau menghukum pakicik ini… kepada ahmad.. jangan tengok kepada penampilan..sesungguhnay yang mulia di sisi Allah adalah ilmu dan agama…penampilan tidak lah penting sama sekali… sedangkan imam syafiee boleh tunduk hormat pada org mabuk yang memberi ilmu pengetahuan mengenai jantina anjing…apatah lagi pakicik ini yang memberi seribu irti persoalan..
sedangkan kahlifah umar r.a pun amatlah zuhud…hingga ada orang yang tidak tahu beliau merupakan seorang khalifah pada zamannya kerana penampilannya yang amat zuhud…
cuba kita amati betul2 apa mesge pakcik itu…. mutiara kata yang lahir daripda sanubari yang ikhlas kerana Allah:
1) nak bagi memorandum ramai melalak2 kat Duli yang Agong macam tue…? hormatlah sikit…kata kita menghormati raja…ramai2 Agong pun takut,.,,
2) jangan asyik fikir apa negara bagi kat kita..tanya apa Sumbangan KITA dekat negara…jangan asyik2 minta2..tapi… fikir2lah
3) Kenapa pakcik tue keadaan dia, penampilan dia begitu? kan dia kata..biarlah bagi rm20000 pun…dia xkan ambil…sbb dia xnak benda2 ini mengahalang dia dari nampak kiblat…
fahamkanlah dan fahamilah…pakcik itu bukan menyokong kerajaan mahupun pembangkang…tetapi dia mempersoalkan dimana tanggungjawab kita yang sebenarnya…. fikir dan renungkanlah… jangan asyik nak cari kelemahan orang.. ,)
ape pakcik ni cakap ade yg betul ade yg salah. sapa2 yg ade jumpa pakcik ni bole la tanye dia soalan lg.
1) ye memang betul rakyat tak bertamadun kalau terjerit2 bawak senjata. tp pakcik bole tak tunjukkan satu gamba penyokong bersih bawak senjata. mungkin malaysiakini/harakahdaily sorok gamba mcm tu. tapi xkan wartawan BH/utusan x dpt ambik gamba mcm tu? (yg ada di BH manipulasikan gamba pegang bendera Malaysia katanya pegang pisau. )
2) kate pakcik mmg betul. mungkin agung pun takut beratus2 org dtg nak jumpe dia. tp pakcik pernah tgk youtube ke? cuma beberapa orang yg bawak memorandum nak diserahkan kepada agung yg diketuai A. Samad Said tapi dihalang.
3) ye mmg betul kate pakcik polis tak dpt cuti. tapi bukankah keje polis memang kena standby 24jam. polis bknnye seorang dua. bergilir2 la cuti. ada yg cuti ada yg keje.lagi pun bersih kan hanya 1 hari. polis boleh cuti ganti hari lain.
4) pakcik, mcm ni ke cara hidup Islam yg Rasulullah ajar? ini ke yg negara bg kat pakcik setelah pakcik berbakti pada negara? (tu pun kalau ada dia berbakti la)
5) kesian saya tgk pakcik. tp kesian pon apa guna. nasi pon ditolak mentah2. hidung tinggi plak tak nak berkomunikasi. kata diri sendiri bermartabat mulia la. orang nak agung kan dia la. tak nak publisiti la. apa la pakcik ni. pakcik bole rasa diri tu bagus plak. byk merapu kot. nasib baik la pakcik dah tua.
Semoga Allah merahmati pakcik.
terharu ngn pakcik ni….:)
apa nama pakcik sogo ni? dgn iman n ilmunya, dia lebih mulia dari tauke2 kedai yg kafir n munafik yg jahil. apa guna kaya didunia tapi miskin diakhirat?
negara cukup bagi makan kpd semua perut rakyat tapi negara tak cukup bagi memenuhi semua nafsu rakyat. zaman tamadun? huru hara disanasini. tak ada orang yg gembira. bisikan setan. semua manusia tak puas hati.
bukankah langit dah bagi tanda2 dgn gempa bumi, banjir, taufan, tanah runtuh, penyakit, ekonomi meleset, dll? tanda2 akhir zaman.
maaf, saya neutral.
untuk korang semua yang baca blog ni..
ni aku nak gi tau ni.. aku ni bukan la org yang bijak pandai blaja tinggi2 mcm korang..
alim2 macam pak aji mak aji… bukan..
tp korg pk la sendiri…
ko alim, klu org alim takkan wat tunjuk perasaan mcm tu…
sebut kalimah allah kat jalanan…
ada yang pegi tp tak tau ape tujuan…
ape benda semua tu…
then ada yang pergi sana sebab dpt bayaran…
ape semua ni… korang tak nampak lagi ke…?
aku tak sokong mane2 pihak..
dua2 betul dua2 salah..
bkn nak menang kan mane2.. tp klu dipikirkan balik
mmg tak patut la perhimpunan tu diadakan..
benda tu menyusahkan byk pihak..
bdk2 kecik yg tak tau ape pegi sane.. korg dh ajar dorg cara
yang slh.. bkn ke patut korg didik dia ngn ilmu yang lebih baik daripada pegi
tunjuk perasaan sume tu..?
peniaga2 kat sane kene tutup kedai sbb korg wat benda tu..
dh dorg tak dpt modal/untung daripada hasil perniagaan dorg..
korang tak pk ke..?
jihad mmg jihad.. tp klu nak MATI jihad biar berpaksi pada jalan yang betul…
tu pada pendapat aku la.. aku tak tau la klu korg bertentangn ke ape ke..
Kepada awan biru…
pakcik ni bukan pengemis…
semoga pakcik ni dikurniakan kesihatan yang baik dan dilindungi malapetaka.
Salam kepada En. Ahmad (July 12, 2011 at 11:25 am)
mmg begini lah sikap manusia mmg sentiasa ada persoalan yg bermain difikiran utk ditanya. dan begitulah juga soalan yg En. Ahmad ingin tujukan kepada pakcik itu.
mungkin En. Ahmad lebih percaya pada mereka yg berpenampilan segak, kemas dan bergaya dalam memberi nasihat.
tapi En. Ahmad…
jgn nilai buku dari luaran saja.
ada sufi2 memilih utk meninggalkan hal dunia daripada kita yg mencari dunia dan akhirat. urusan kehidupan, pahala, dosa ni bukan ketentuan kita En. Ahmad. Pelacur yg beri anjing sedang kehausan minum air telah menjadi ahli syurga. kita sekadar mampu utk menilai manusia berdasarkan dari pandangan luaran kita saja.
dan jika seperti kata En. Ahmad, tujuan BERSIH….
“Bersih 2.0 ini bukan revolusi atau rusuhan untuk jatuhkan pemerintah pun seperti yang berlaku di negara-negara islam di timur tengah.Ianya satu fenomena buat semua pihak berfikiran waras dan mahu kembali kepada kebenaran islam”
harap2nya begitulah dengan kepalanya si Ambiga…moga2 diberi hidayah untuk menerima kebenaran Islam.
Kepada siapa2 yang kutuk pak cik ni dan rasa diri dah pandai sangat.. buatkan khat macam yang dia tulis tu.. ntah2 keras macam batu..
tersentuh dgn kata2 pakcik ini… mohon share vid dan blog…
saudara ahmad,
sebagai seorang yg neutral juga ingin saya katakan,
penampilan seseorg tidak semestinya menggambarkan dirinya yg sebenar…don’t judge a book by its cover…hanya Allah shj yang tahu sejauh mana hambaNya itu beramal…kenapa dia jadi begitu? kenapa dia boleh meluahkan sesuatu yg org berpendidikan tinggi sahaja boleh berkata-kata? ada hikmah disebaliknya? Wallahualam… tp yg pastinya tuhan sudah tunjukkan bukti akan kekuasaanNya…
Bersih 2.0?
Pergerakannya telah diketahui…objektifnya juga telah difahami…tapi sejauh mana kebenarannya tetap misteri…demokrasi hanya boneka duniawi…padahal islam Muhammad SAW telah sebutkan undang2 tersendiri…yang jauh lebih hebat dan terkini…iaitu Al-Quran pegangan yg tiada silih ganti…
ahmad:Niat bersih tu dah betul but orang yang menutup mata korang yang bersemangat tu yang salah…Niat orang yang ketuai bersih pon dah salah..sila faham dengan betul…ksian je kepada rakyat2 yang niat elok tetapi di tipukan dgn platform bersih nie..
sebagai seorang yg nutral ini komen saya:
ada kebenaran pada kata2nya…tapi tetap pandangan seoang ummum yg tdk jauh pandanganya….malah hujahnya mudah dibidas sesiapa saja.
yg boleh org ramai kata…kasihan.(hujah sebatas simpati bkn atas hujah kebenaran).
“Bersih 2.0 ini bukan revolusi atau rusuhan untuk jatuhkan pemerintah pun seperti yang berlaku di negara-negara islam di timur tengah.Ianya satu fenomena buat semua pihak berfikiran waras dan mahu kembali kepada kebenaran islam.Ingat! tuhan mengasihi mu dan berbicara untuk menasihatimu sebelum terlambat.”
http://addinlove.blogspot.com/2011/07/siapa-tidak-mahu-bersih.html
ps:nasihat yg benar harus juga disampaikan dgn penampilan yg benar…atau kata mudahnya biasa dengar adalah:niat x halalkan cara…
mugkin boleh tanya pakcik tu soalan ni (tapi saya x galakkan):pakcik…saya akui ada kebenaran pada kata-kata pakcik dan bagus kefahaman islam pakcik,tapi adakah penampilah dan cara hidup pakcik ini gambaran hidup yg diajarkan rasulullah…maaf cakap pkcik,sikap pakcik skrg(yg duduk sekitar sogo) yg tidak boleh menerima kenyataan akan kehilangan hak(rumah pakcik) dulu tidak banyak bezanya dgn sabotaje rakyat dalam fenomena bersih atas kezaliman pemerintah yg telah mengambil hak/menipu rakyat…..
kebenaran ditelan wlpun pahit,kebnran harus dikatakan lwpun sakit…..
aku tidak sokong demo bersih,tapi aku faham apa tujuan bersih…..
demo rakyat bukanlah kawalan kita…tapi itu satu fenomena teguran allah kepada kita sebelum terlambat….
wahai pencinta sunnah dan salafi,jika benar kata2 kalian agar sabar dgn pemerntah yg zalim…maka gencarkan dakwah kalian agar di lapangan amal agar ramai yg sefaham kalian,jgn asik bicara melebel orang dan akhirnya…..disishkan dan suara kalian tetap kerdil….
ayat pakcik ni ‘tanya diri kau apa bakti…. ‘ tu adalah ucapan John F Kennedy tahun 1961, ini menunjukkan tahap ilmu pengetahuan pakcik ini…memang ‘respect’… budak2 yg menghina pakcik ni patut malu…
Betul kata pakcik ni..apa sumbangan kite kepada negara…kalau ada rezeki saya pon nak jumpa pakcik sogo ni jugak..tq Ibnu K sebab tayangkan video pakcik sogo ni..
zuhud tau tak?tu laa contoh depan mata,ini nk mengkondem je keje…
for Awan Biru,
Ingat la sahabat, hidup kita ni pun belum sempurna lg. Jgn la kita hina org seperti ini.
Mmg sahabat mampu dlm segalanya. Pasal mengaji? sahabat tu dah abis mengaji? kalau dah abis mengaji, sahabat taw kan apa dosa nye kalau menghina org lain? kalau sahabat dh abis mengaji, adakah sahabat akan hina manusia ini? saya rasa x kan.. Semoga sahabat sedar.
sgt2 mnyentuh hati..itu yg kita perlu fkirkan…IBNU K dberi kesempatan oleh Allah sbntar sje utk menemubual pkcik ni…then tetibe bateri hbis…subhanallah…smoga kita dberi taufik n hidayah kepada kita semua..ada hikmah di sebalik semua ini..tanggapan masing2 bg yg nak mngambilnya sbg 1 iktibar…
SubhanAllah.. :’)
respect pak cik ni
pakcik ni mmg dah lama berlegar area sogo, pertama complex..
since thn 2004 sy blajar kat unikl miit dulu kat pertama complex..
setiap hari nmpk pakcik ni jln2 sambil bertongkat,
kdg2 dia akan sergah org yg pndang2 dia.. maybe org ingat dia gila dgn berpakaian mcm tu.. tp mmg pakcik ni tak gila, sedih tgk dia tp
dia mmg suka cara hidup begini rasanya..
sayu hati bila dengar luahan pakcik tua ini. kenapa kita selalu misjudge insan? kenapa kita mudah pesongkan fikiran sedangkan Allah masih bagi peluang untuk kita berfikir dengan waras? semoga Allah s.w.t merahmati pakcik ini. Amin Ya Rabb.
Sangat tersentuh ngan video ini, tx buat Ibnu K kerana berkongsi kisah…sgt menusuk hati dengan kata2 pakcik…..”Apa bakti kamu pada negara, jangan tanya apa negara berbakti untuk kamu”…..
pmimpin zalim mmg perlu ditentang.. tp bukn smbil ditentang,smbil mnyokong pmimpin br y juga zalim.. PKR ngn BN la ni takde beza da.. aku pn taktau nk plh sape.. matlamat perjuangan masing2 da lari jaoh kemane.. lumrah manusia,bile da bkuase, kpntingn sdri diutmkn.. hilng trus tgungjwb..
hidup skrg ni pn smntr kn……. =)
Haziqah, maafkan Ibnu K kerana berikan trafik yang banyak pada awk hari ni.. Tapi Ibnu K akan risik-risik lagi siapa pakcik ni kerana Ibnu K ikhlas nak bantu dan nak dapatkan banyak lagi ilmu pada dia.. Terima kasih Haziqah.. sekurang-kurangnya entry anda membuktikan pakcik ini memang bertapak di Sogo…
Salam Ibnu K.. Masih saya ingat, saya menulis entri Pakcik Tanpa Nama ketika malam Hari Raya Aidiladha tahun lalu (ketika tu saya hanya mampu merakam dengan kamera telefon, kurang jelas. Tp masih simpan video luahan rasa Pakcik Tanpa Nama). Melalui foto Ibnu K, dapat saya pastikan Pakcik Sogo atau Pakcik Tanpa Nama adalah orang yang sama. Permasalahan dan gelodak jiwa Pakcik Tanpa Nama sungguh sulit, wallahuallam….
SEBAK RASE DIHATI INI.SANGAT TERASA KEIKHLASAN KATE2 PAKCIK NI. SEMOGA PAKCIK DIRAHMATI ALLAH
mmg jujur pengakuan pakcik ni…terharu je dgr kata2 dia…
tgk dia tulis apa?? utk dijual kpda org bkan dia meminta atau paksa org bg duit kt dia..
SO hina ka dia?? dlm keadaan mcm to reja apa dia bley buat?? mana rsa prikemanusiaan kita pada org tua mcm ni?? sggup hina dia.. xubah spt zionis!!!
kepada awan biru > knapa ko bengap sgt mcm bapak ko?? mngaji mna da pngujungnya mngaji smpai ke liang lahad buduh.. aq rsa bapak ko pon blom tntu abis blajar drjah 6. mcm ni la bdk2 mudah skrg moral xdak langsung..~
Memang betul, tapi kalau pemimpin tu bagi ruang untuk kita amalkan agama dengan baik, tak sepatutnya ditentang.. kita wajib menegur tapi bukan cara memerangi di jalanan.. musyawarah adalah jalan lebih baik biar sampai peringkat mana sekalipun..
p.cik xhabis ngaji lagi…. cakap ikut kpala otak dia je… p ngaji lagi la p.cik oii…dari duk mngemis kat situ, lagi hina!
nak kenal lebih jelas tentang pakcik ni.. tanye tukang buat kasut depan Davinci..
Salam,
Saya kagum dengar komen pakcik ni. Tapi at the same time, apa yg beliau cakap tu tak semestinya betul. Fact is simple: pemimpin yg zalim perlu ditentang. Memanglah ada cara lain untuk menegur pemimpin2 ini tp dalam keadaan sekarang, di mana kalau kita komen sikit pasal kerajaan pun akan masuk ISA, tell me, do we have much of a choice? Kalau pemimpin itu terbuka, boleh terima nasihat, then of course la such assembly is not permitted, tp di dalam keadaan di mana semua suara rakyat disekat, apa lg cara untuk mobilize rakyat? A solution cannot come immediately but it can start somewhere. So instead of criticizing others’ ideas of a solution, stand together to figure out a better solution. Kan lagi bagus?
Terima kasih, pakcik, atas nasihat pakcik tu. Memang terkesan di hati, terutamanya mengenai mati. Saya doakan pakcik panjang umur dan murah rezeki selalu, InshaAllah.
aku rase mcm nak jumpelah pakcik tu…
masyallah,,pakcik tu ade kat lagi tak… nak jumpe lah
Itu quote terbaik dalam video ini.. pada Ibnu K
yg menarik mint saya..tanyalh pd diri… apa bakti kite kpd negara..jgn ditanya apa bakti negara kpd kita..renung2knlh..
Mudah-mudahan Khalish, Ibnu K pun kongsikan bersama korang demi ilmu dan hikmah yang pakcik tu bawak… aura dia pun besar sehingga ramai yang tertarik minat mendengar apa katanya…
Assalam. Baru menjengah blog ni. Banyak info yg saya peroleh. Sebak tgk pak cik tu. Dia tak harapkan duit dan harta menggunung. Cukuplah sekadar bisa menjadi hamba yang taat pada yang Esa. Sangat terkesan bila dia berkata yang kita akan mati juga satu hari nanti dan dimakan bumi. Subhanallah. Semoga pak cik terus dibawah rahmat dan rahim Allah. =)
bekerja hari-hari kira berbakti pada negara? mudah sungguh kita nak berbakti pada negara ya…
ramai yang tidak setuju dengan pimpinan sekarang…tetapi ramai lagi yang tak setuju dengan protes jalanan….
malu dengan pak cik ni….
Terpulang pada cik “takde identiti” ooi… saya pun baca utusan dan tv3 serta blog dan harakah.. hari-hari ok je.. Terima kasih..
pak cik ni byk sgt tgk tv3 dgn baca utusan…..tu la jdnyeee….berbakti pd negara? hari2 kje tu berbakti la…..masalahnyee….bakti tu diselewengkan dgn corruption….g la ngaji byk lg pak cik oiii…..
fiyyan_sp : banyak lagi cerita yang dikisahkan pakcik tu.. Ibnu K kesal sikit kamera tak banyak baterinya.. belum sempat rekod bateri kamera tu dah abis dan shut down sendiri.. huhu.. sendiri pun sedih…
rase sebak bace . lagi2 bahagian :
“Menurut pakcik ni, dulu dia tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan demi projek membina pusat membeli belah Sogo. ”
sy rasa dia mesti rindukan rumahnya tempat dia berteduh dr panas & hujan dahulu . :’(
ada rezki aku pon nak lihat pakcik ni…
Air mata hampir menitis tatkala berada di situ disisi pakcik itu…
Terharu jugak.. =’) Semoga kita semua bermuhasabah diri byk2. InsyaAllah
Sama-sama Zaleha, anggap saja Ibnu K ditakdirkan Allah untuk bertemu dengan hikmahnya paling agung dalam dunia ilmu.. di mana tidak diletakkan di tempat yang khas sebaliknya ilmu boleh ditemui disebaik-baik tempat dan di sehina-hina taraf.. menjadikan orang berilmu mulia walaupun miskin..
Terbaik.. terima kasih sgt. sy sungguh terharu. sy tgok berulang2 kali
Master Hadzrin, lama Ibnu K tak dengar cerita.. Hehehehe.. minda Master tetap pada jutawan ye… Mungkin juga…
Siapa sangka, Pakcik itu dulu seorang Jutawan…