Tengahari kami delegasi sempat dihidangkan sajian Tom Yam Goong di tebing Sungai Chao Praya di Bangkok. Sungai ni kalau Ibnu K ingat, antara sungai yang kita perlu belajar dalam mata pelajara Geografi di sekolah dulu. Tapi sekarang dah sampai di tebingnya je lah.
Kami makan tengahari di Restoran Khun Kung Kitchen di Jalan Maha Rat di Bangkok yang menyediakan makanan halal. Tapi dengan panorama beberapa buah bot yang melalui Sungai Chao Praya memang, pengalamannya amat mempesonakan.
Inilah Tom Yam Goong yang kami nikmati sebentar tadi untuk makan tengahari. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan Jabatan Hubungan Awam Kementerian Luar Thailand untuk makan tengahari yang sememangnya enak. Hehehe..

Ini masakan sayur, udang dan ala-ala soo hun.. Betul ke Ibnu K eja tu. Tapi yang ni memang sedap. Ibnu K tengok, masakan Thailand banyak berteraskan udang yang mungkin hasilnya datang dari Sungai Chao Praya ni. Memang sedap..
Inilah hasil di pinggan Ibnu K, makan nasi beras Siam tapi pinggan yang diberikan kecik.. Macam mana?? Tapi, Ibnu K tak makan nasi banyak sangat tetapi banyak makan lauk je. Yang macam tepung tu ialah ikan goreng tepung. Ibnu K tak tau ikan apa..
Selesai makan tengahari, inilah pencuci mulut kami iaitu bubur ala-ala bubur sagu macam tu lah. Rasanya memang sedap sebab tidak manis sangat tetapi ala-ala manis buah macam tu. Memang best!!!
Inilah Sungai Chao Praya yang terletak betul-betul di sebelah restoran tempat kami makan tu. Punyalah sibuk dengan bot-bot yang berlayar…
Ibnu K : di Bangkok hujan hari ni…
Komen di Facebook:









Yes Thristhan.. now I am in Pattani doing coverage of the conflicts here. The food here is also good, it is hot and spicy. They intend to have shrimps in their food..
I love Thailand, especially Bangkok and Pattaya. The food is superb all around