Respect Salesman Yang Baik…

Korang mesti pernah didatangi jurujual atau dalam bahasa biasanya “salesman” ketika di kedai makan, sedang membeli belah atau di mana-mana sahaj korang ditakdirkan menemui diaorang ni. Tau tak sebenarnya memerlukan semangat jitu dan tabah untuk berhadapan dan mempengaruhi orang untuk membeli produk jualan mereka itu.

Tengahari tadi, Ibnu K didatangi oleh Hasrul yang menjual produk berkaitan agama macam buku ayat Al-Quran dan buku berkaitan Sirah kehidupan Nabi dan Rasul.

Inilah buku yang dijual oleh si Hasrul dengan harga spesel tadi RM10 katanya. Kalau hari biasa harganya RM19.90.  Selepas tu, si Hasrul tunjuk pulak buku ajar Solat menggunakan animasi 3D yang tu harganya dalam RM20 lebih kot.




Apa yang buat Ibnu K kagum ialah, Hasrul ni bercakap pun elok sepatah-sepatah dengan sopan dan ada gaya sendiri nak menarik perhatian orang yang didatanginya. Tak macam salesman biasa yang lainnya, dah lah cakap laju tak faham butir-butir lepas tu terus je nak jual kat kita benda tu. Respect betullah dekat Hasrul ni.

Barang-barang yang dibawa untuk dijual pun berpatutan sangat. Tak lah mahal, terpulang pada korang lah kalau nak beli atau tak.

Si Hasrul ni tengah menulis resit untuk diberikan saat urusan pembelian dipersetujui dan dapatlah rezeki untuk dia RM10 pada hari tu. Mudah-mudahan ada lagi manusia baik yang sudi membeli barangan dari si Hasrul ni. Si Hasrul pesan kat Ibnu K tadi, abang kalau CD ni ada problem, boleh terus call saya dan bawak datang sekali resit ni.. Saya gantikan dengan yang lain ya..

Inilah resit yang dikeluarkan selepas Ibnu K membeli satu set buku dan CD bertajuk surah amalan berharga offer RM10 sahaja.

Kalau korang nak beli buku-buku macam tu, teruslah je call si Hasrul ni 012-5624776

Ibnu K : Kalau korang yang beli, tak tau lah dapat offer ke tidak…

 

Bookmark and Share
Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

Taipkan komen anda

CommentLuv badge