Facebook Digi Party One Utama Best!! Tapi…

Salam 1Keluarga semua, malam tadi Ibnu K attend satu parti untuk Facebook dan Digi angels di One Utama, sebelah luar berhampiran dengan butik A|X. Parti bermula kira-kira pukul 8 malam memang best!!! Buat kat luar, memang happening sangat. Kalau dalam Facebook, kira-kira 111 orang dijangka hadir.

Hensem tak Ibnu K posing di Wall yang disediakan khas untuk bergambar. Nasiblah Ibnu K pergi sana pun sorang je. Majlis itu sepatutnya berlangsung kira-kira dua jam lebih sehingga pukul 11 malam lah rancangnya.




Terus baca entry ini..

Macam-macam contest dibuat pada malam tu!! Antara yang paling best ialah menulis status Facebook yang paling unik dan kemudian tampalkannya di atas Digi Wall yang disediakan. Ibnu K pun join, tapi tak menang pun!! Sepanjang beberapa jam di sana, kesimpulan parti anjuran Nuffnang ni memang happening tetapi macam tak best je!! Pada pendapat Ibnu K..

Maaflah jika entry ini agak kritis tetapi ia hanyalah pandangan luhur Ibnu K yang mungkin blogger baru tetapi Ibnu K bolehlah menilai sikit-sikit.

Inilah keadaannya kawasan parti beberapa minit sebelum bermula, entah macam mana boleh jadik begini kerana orang yang datang pada awal-awal parti tu taklah ramai sangat. Mungkin ramai yang ada kerja di pejabat n terpaksa stay back.. Ada lagi gambar lokasi..

Lepas dah mula selepas pukul 8, barulah orang mula datang memenuhi kawasan luar di One Utama ni. Tetapi pada pandangan Ibnu K tak lah ramai sangat pun.. Yang paling Ibnu K agak panas ialah, ketiadaan kerusi mahupun makanan ringan yang disediakan sebagai selingan kepada mereka yang mahu berada di situ sehingga tamatnya majlis. Kenalah berdiri dan berjalan ke hulu ke hilir dalam ruangan yang kecik dan dipagar tu.. Lenguh kaki weeii…

Antara yang boleh Ibnu K puji ialah adanya beberapa bahagian macam ni, yang boleh orang datang gunakan untuk tangkap gambar.. Snap sana, snap sini.. untuk upload dalam Facebook kemudian kan?? Ramailah yang kejap-kejap pergi posing di lokasi ini yang nampak interesting.

Juga disediakan dua lappy ni untuk orang ramai update status Facebook mereka berkenaan parti itu. Ibnu K pun ambilah kesempatan update status sikit-sikit..

Juga ada dua patung ni atau maskot ek?? yang juga boleh digunakan untuk snap bergambar kenangan menghadiri Facebook Party untuk Digi Angels ni.Yang lagi Ibnu K rasa penganjur kena bagi perhatian ialah, tiadanya minuman yang banyak untuk menghilangkan dahaga. Nak dapatkan minuman, ada syarat pulak sebab kena klik “Like” dulu di page Facebook air Revive tu. Baru dapat minum, kalau pengguna Digi dapatlah dua tin lagi..

Tetapi, sebab dek nak tunggu dua jam tu lenguh dan sakitlah kakiku akibat berdiri dan berjalan tanpa ada satu tempat pun boleh digunakan untuk duduk. Depa nak suruh duduk atas lantai kot… So harapnya, Nuffnang dan Digi ambil perhatian ke atas perkara ini okay…

Buku kecik ni jelah yang Ibnu K dapat sebagai hadiah pada parti tu. Agak boring jugaklah, dijemput oleh Nuffnang tapi.. kosong je, bukanlah mengharap tetapi majlis dengan skala besar macam tu, takkan takde hadiah cenderahati… Arghhh…

Inilah tujuan parti tu, untuk menjadikan Malaysia sebagai Facebook  Capital Of The World.. Sebab menurut Emcee pada malam itu, dalam dunia Malaysia adalah negara paling ramai dan paling aktif menggunakan Facebook… Cayalah!!!!

Dah dekat nak habis baru ramai orang, itupun tak ramai sangatlah… Bukan nak kondem tapi pada malam semalam, itulah yang jadik…

Masing-masing dok tampal status updates masing-masing di Digi Wall yang disediakan.

Ibnu K : Mungkin Ibnu K baru lagi join party Nuffnang ni!!!

Bookmark and Share
Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

4 Komen untuk entri Facebook Digi Party One Utama Best!! Tapi…

  1. daydeck86

    Insyaallah bro kalau jumpa lepas ni mesti tgr nyer…

  2. Ibnu K

    Tq daydeck.. lain kali kalo jumpa tegur je.. Hehehe mungkin masa tu korang x kenal Ibnu K lagi kot.. Never mind..

  3. daydeck86

    salam bro
    aritu perasan gak bro kat situ

  4. Merong Mahawangsa

    Hehehe.. adatla tu bro. party utk owg muda2.. kalau dah tak muda tu yg lenguh2 tu..

Taipkan komen anda

CommentLuv badge