(Top Search) Cara Memancing Udang Galah II

Hari tu kami dah contengkan dalam blog ni tips memancing udang galah. Memandang kan.. popular sungguh kata nama ni mencari contengan di dalam ibnukhusairy.com. Kami berusaha mendapatkan beberapa pakar untuk mendapatkan lagi petua memancing udang galah ni.

Kami pun pergi menemui Uncle Salleh dari Jakarta, untuk mendapatkan tips.. Beliau ni memang pakar memancing lah.. Kalau kuar memancing tu, balik memanjang je bawak hasil yang banyak.

Jom kongsikan..

Baca lagi di bawah…

Petua Memancing Udang Galah Uncle Salleh :-

Peralatan

  • Joran pancing dengan hujung yang lembut, kira mudah lentur lah dan sensitif serta ring atau cincin yang kecil.
  • Reel spining kecil ikut ukuran untuk kolam boleh juga menggunakan penggulung kayu.
  • Tali menggunakan tali monofilamen nipis, ukuran 1-2 lbs pada mainline dengan leader 2-8lbs.
  • Mata kail pula menggunakan kail khusus udang atau circle hook tanpa kait (barbless) dengan nombor 9 hingga 12.
  • Timah pemberat kecil dengan stopper, jangan berat sangat tau.. yang penting umpan tak dibawa lari arus pulak.

Umpan

Umpan yang digunakan untuk tangkap udang galah ni guna cacing tanah, cacing susu, cacing bakau dan anak udang pun boleh jugak yop… Sementara untuk chumming digunakan kelapa bakar yang dipecah-pecahkan.

Lokasi Memancing Udang Galah

Spot Udang Galah
Memancing udang galah sebaiknya jangan masa air pasang dan cuaca dengan curah hujan cukup tinggi. Waktu terbaik mancing udang galah ialah pada saat kemarau dan air surut.

Biasanya udang sangat agresif pada malam hari. Tempat favourite bagi udang biasanya diantara kayu atau balak yang terendam di sungai. Selain itu Udang galah juga sering bermain pada dasar sungai. Beberapa hal yang perlu diperhatikan untuk menentukan spot udang galah didasar sungai adalah seperti berikut:

1.  Kenali struktur dasar sungai tempat dimana kita memancing. Selalunya dasar sungai berbentuk lika liku dan beralun-alun.
2.  Pada tikungan sungai lazimnya aliran air agak perlahan atau alirannya tidak terlalu deras.
3.  Pada arus deras menandakan kawasan tersebut lebih dalam, manakala aliran perlahan pula adalah sebaliknya.

Mancing Gembira :  Spot Udang GalahPosisi udang bermain pada arus yang cukup deras

Pola Makan Udang
Berikut ini adalah ciri khas atau kebiasaan makan udang galah:

1.  Apabila udang galah beratnya lebih 300 gr maka umpan akan langsung dilarikan dan ujung joran akan langsung menukik.
2.  Untuk udang ukuran sedang biasanya sewaktu umpan dimakan, leader akan dipegang dan ditarik-tarik menggunakan capitnya sehingga ujung joran akan terangguk seperti ikan kecil yang makan.
3.  Untuk udang yang berukuran kecil biasanya pola makannya hampir sama dengan yang berukuran sedang, oleh karena itu sering – seringlah mengecek dengan menaikkan ujung joran dan apabila berat atau ada tarikkan maka umpan sedang dimakan.

Memancing udang galah harus sabar, lembut dan penuh perasaan. Pada saat umpan dimakan oleh udang, joran akan melengkung, yang perlu kita lakukan tahan saja jangan digentak kerana ia akan menjadikan mulut udang koyak.

Angkat joran pelan-pelan sambil menggulung reel pelan-pelan dengan posisi ujung joran diatas udang sehingga line tegak lurus dengan permukaan air.

Udang bisanya jika terkena pancing akan mundur kebelakang dan membengkokan tubuhnya, jika digentak atau ditarik terlalu kencang akan membuat mulutnya koyak terkena kail.

p/s : Uncle kami ni ada keturunan Indon sikit.. Hahahah.. sori lah ya.. ini email yang di-reply kepada kami..

TIPS ADALAH PETUA SAHAJA, IBNUKHUSAIRY.COM TIDAK MENJAMIN IA AKAN 100% BERHASIL.. HARAP MAKLUM..

SELAMAT MENCUBA…






ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

  • http://Telkomsel Is

    Saya juga hobi memancing udang galah, di tempat kami ada beberapa sungai (spot).. Yaitu., Sungai siak, sungai lubuk muda, dan sungai bukit batu

  • http://deleted olai

    org ckp mne ade udang,,ctu la ade buaya,,btol ker?

  • olai

    mancing udang galah kt parit,,
    mmg slalu sangkut,tp puas bila dpat tarik

  • Lulu

    Ish.. sedap betul kalo makan udang galah.. tambah-tambah di Sabah.. Kinabatangan tu… huhuh.. mantap!! meleleh air liur..

  • Ibnu K

    Sebab tu tak ramai orang boleh memancing.. boleh kencing orang lagi ada…

  • http://fairusmamat.blogspot.com/ fairus

    MEMANCING NI MEMANG MENGUJI KESABARAN..

  • Ibnu K

    Kami minat jugak memancing.. tapi penah cuba-cuba.. tak boleh masukla.. susah sangat.. jenis tak sabar kot.. Hahahaha..

  • http://fairusmamat.blogspot.com/ fairus

    SAYA BIASA MANCING UDANG KAT KOLAM JE.. BEST JUGAK MANCING UDANG NI..