Telur Rebus Air Kencing.. Gelilah…

Pernah dahulu kami conteng di dalam blog ini berkenaan makanan pelik yang dimakan penduduk dunia di negara lain kan?? Rupanya banyak lagi benda pelik dan menggelikan yang dijadikan makanan di negara lain. Negara yang kaya dengan makanan eksotik ni antaranya adalah China.




Serius kami nak menyiapkan contengan ni pun dah geli dah rasanya nak tulis. Tapi kepala degil kami kata nak kongsi jugak sebab bendanya unik dan mungkin korang takkan sampai kat tempat tu sampai korang mati.. Uweekkk…

Di Dongyang, provinsi Zhejiang, orang di sana memilih telur ayam direbus di dalam air kencing budak lelaki sebagai makanan eksotik mereka.

Telur yang direbus di dalam Air Kencing Budak Lelaki

Terus baca contengan ini

Chef tempatan di sana yakin bahawa  makanan tempatan ini akan suatu hari nanti menembusi pasaran antarabangsa. Ada ke yang sanggup?? Telur-telur ini sebenarnya direbus di dalam air kencing budak lelaki berusia 10 tahun. Korang nak tau resepi dia. Mudah saja.. Air kencing budak lelaki 10 tahun mereka dapatkan dari sekolah-sekolah di sekitar. Dah satu hal pula nak mengumpul air kencing.. Hahahaa..

Lepas tu, telur direbus macam biasa dengan air kencing tu. Kemudian keringkan dan dibiarkan semalaman. Esok boleh terus lah makan telur rebus air kencing ni..

Menurut chef Lu Ming, salah seorang chef yang turut menyediakan masakan telur ini. Siapa yang memakan telur ini tidak akan penat jika melalukan tugas sepanjang hari sama macam budak 10 tahun. ya ke??

p/s : semua benda tak dibazirkan wooo..

 

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook: