David Teo Bengang!!!

Panas juga telinga kami apabila mendengar rungutan penerbit filem tersohor negara. Mr David Teo di pejabat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Bangunan Sultan Abdul Samad tadi. Bengang betul dia.. Semuanya gara-gara Skim Insentif Tayangan Filem yang diumumkan menggunakan sistem baru. Tak lagi pakai sistem pemulangan Duti Hiburan macam dulu.

Menurut David, katanya kementerian membuat keputusan tanpa memanggil penerbit-penerbit filem tempatan dan berbincang. Ini tidak, terus saja buat keputusan pada hari ini.

Terus saja kami mendapatkan David untuk penjelasan beliau selanjutnya..




Terus baca contengan ini..

Menurut David, penerbit filem kalau boleh dipanggil untuk sama-sama berbincang dengan kerajaan dalam membuat keputusan skim macam mana nak digunakan untuk pembayaran insentif. Tapi ni, kerajaan buat sendiri keputusan, tau-tau penerbit semua dipanggil untuk mendengar pengumumannya sahaja.

Jadi, David marah dengan situasi ini dan beliau dakwa skim ini hanya akan menyebabkan penerbit filem rugi disebabkan sebab bila filem untung banyak melebihi RM6 juta. Penerbit takkan dibayar apa-apa pun insentif.

Kami tanyakan kepada David, apakah langkahnya selepas ini?? David jawab..

“Saya akan menerbitkan filem yang low bajet selepas ini, kerana baru dapat bayaran dari kerajaan, buat filem bajet besar dan untung besar buat apa sebab tak dapat apa-apa pun,”

“Saya sifatkan keputusan kerajaan ini adalah satu penganiayaan kepada penerbit filem kerana, lebih ramai akan rugi selepas tak dapat bayaran yang sepatutnya,” kata David.

Beliau turut cakap, pengumuman pada hari ini disifatkan sebagai tidak adil kepada penerbit filem yang banyak melaburkan wang demi menerbitkan filem yang berkualiti namun ia tidak dihargai kerajaan dari segi yang sepatutnya.

Ibnu K dan David Teo

Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak. Kami cuba menjadi penghubung kepada David Teo dan mungkin kerajaan atau pun Perbadana Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) supaya perkara seperti ini diteliti dan dibawak berbincang.

Janganlah kecoh-kecoh sangat ya. Filem ni biasanya jadi bahan tayangan melepaskan tekanan hujung minggu di panggung atau melalui DVD di rumah. Jadi, kalau penerbit dengan kerajaan macam tak ngam susah jugak industri ni kan??

Selesaikanlah elok-elok ya Mr David, kami terus menyokong anda….

p/s : Takut jugak tengok Mr David Teo marah..

 

ENTRI DITERBITKAN PADA by Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

  • Ibnu K

    Betul tu Haz… industri filem Malaysia dah la kecik… hehe tapi kami rasa best dapat jumpa David Teo ni.. bila lah nak jmpa dia lagi pun tak tau…

  • http://blogakudandunia.blogspot.com/ Haz

    harap diselesaikan dngn baik la.
    tapi yg paling penting buat filem best2 ye..