[Borak Hati] Seni Lukis vs Seni Tulis

Idea ini datang petang tadi. Ketika kami berada di Balai Seni Lukis Negara membuat liputan pelancaran Pameran Yang Terutama yang sudah pun mula sejak 14 Mac sampailah ke 24 April nanti. Jadi, kepada peminat lukisan boleh hadir ke Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Razak, KL.

Okay, kami akui sejak lahir kami bukanlah orang yang dianugerahkan seni lukis. Sah-sah.. kalau benda yang kami lukis mesti jadik benda lain. Kalau lukisan kami, setakat jadi simpanan peribadi je la. Tak layak rasanya digantung di dinding rumah orang.

Lukisan seperti ini, boleh kami buat?? Tak adanya.. Hehehe kerbau tu jadi apa tah lepas tu nanti. Tapi minat kami dalam seni hanyalah seni tulis. Walaupun kedengaran simple, namun seni tulis ini juga ada falsafahnya juga macam jugak seni lukis yang orang kata adalah gambaran pemikiran si pelukis..

Terus baca contengan ini

Seni tulis ialah satu seni yang menjadi ada daripada tak ada. Dari tidak tahu kepada tahu, dan dari keliru kepada jelas. Itulah antara falsafah seni tulis ni. Sifu kami dalam tulis-menulis pernah berkata :-

“Lukisan itu adalah penyatuan aneka warna di atas warna putih manakala tulisan itu adalah penyatuan ragam hidup di atas warna putih,”

Sejak itulah, kami menanam minat nak jadi penulis. Penulis blog pun jadiklah. Kerana ragam hidup yang kami nampak kami satukan ia di atas skrin putih, kertas putih supaya ia juga berwarna dengan pelbagai emosi dan mood supaya pembaca tidak bosan. Sampai sekarang kami ingat lagi kata-kata itu.

Contoh Seni Tulis

Ini adalah contoh sahaja bagaimana seni tulis boleh mengubah hidup seseorang. Jadi kepada anda, kalau tak tau melukis jangan gusar, pasti korang sebenarnya ada seni tulis dalam diri. Cuma perlu cari di mana letaknya kekuatan korang.

Untuk memulakan sesuatu?? Apa kata tulis blog pasal kehidupan korang???

p/s : cubalah…

 

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook: