Slurrpp Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Alhamdulillah, kira-kira pukul 4.35 petang kami pun tiba di Temerloh. Kira-kira 20 kilometer dari destinasi sebenar kami di Kerdau. Kerdau ni terletak dalam perjalanan ke Jerantut. Keluar LPT di Tol Temerloh, terus ke kiri. Sampailah ke Kerdau. Dalam Parlimen Temerloh. Semuanya gara-gara Pilihanraya kecil DUN N28.

Bila dah dekat dengan Temerloh, ikan patin masak tempoyak lah yang dicari ramai daripada rakan-rakan kami yang berada di sini. Sebaik sampai perut kami pun lapar. Di tempat kami menginap banyak kedai makan. Kami cadang nak makan kat semua kedai tu satu persatu. Tamak tak!! Tapi bukanlah dalam tempoh semalaman. Sepanjang 2 minggu kami di sini. Sempat kot…

Inilah yang bakal mengalahka artis glamour di Temerloh sepanjang tempoh Pilihanraya ni. Lapar je cari ikan patin, lapar je patin. Rasanya yang enak, masam dan pedas tu memang mengecurkan air liur korang yang membaca ni. Bukan korang je, tukang conteng ni pun sama. Air liur dah meleleh dah ni.. Hahahaha….

Ada macam-macam versi ikan patin masak tempoyak ni. Ada yang masak pakai cili padi dan ada yang masak pakai cili merah. Jadi, mungkin ada yang nak merasa masakan ni. Kami cuba dapatkan resipi menakjubkan ini daripada mereka yang pakar di Temerloh ni.

Jom belajar macam mana nak masak patin ni…

Klik di bawah untuk sambung baca….

Bahan-bahan utama

  • Seekor ikan patin (eloknya ikan patin sangkar) ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa dan limau nipis untuk hilangkan hanyir selama kira-kira 1 jam.
  • 2 ulas kunyit hidup (bukan serbuk kunyit)
  • 6 biji bawang kecil.
  • 20 biji cili padi (bergantung pada suka pedas mana ya)
  • 2 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan ( yang guna untuk masak laksa tu)
  • sedikit asam keping
  • air
  • garam secukup rasa
  • gula (jika perlu dan jika suka)

Cara memasaknya

Kunyit hidup, bawang kecil dan cili padi ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi. Masukkan ke dalam periuk yang bersama air. Lepas tu kacau sehingga rasa dan masukkan asam keping. Letak di atas api dan biarkan selama kira-kira 3 minit.  Masukkan ikan yang dibersihkan tadi, masukkan bunga kantan dan daun kesum.

Masukkan garam secukup rasa, adjustlah kalau takut pedas dengan mengurangkan jumlah cili tadi. Kalau terlajak, adjust dengan meletakkan sedikit gula ok…

Cadangan Hidangan

Ini kalau makan dengan nasi putih lepas tu ada plak sambal belacan ke sup panas.. Memang best laaa… So.. apa salahnya cuba ya tak??

Petua

Tempoyak yang digunakan eloklah yang sudah diperam selama 5 hari.. Baru sedap beb…

p/s : selamat menjamu selera.

 



ENTRI DITERBITKAN PADA by Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

  • mia

    trimakasi resepi ni macam best la nk try

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Trylah nitaf, memang sedap beb..

  • nitaf hayina

    emmmmmm……..mesti best..