0200hrs


0200hrs

Jam dah pun menunjukkan pukul 2am. Mata masih hebat terbuka tanpa ada sebarang petanda ia akan menutup lena. Padahal tadi di ofis macam dah mengantuk sangat dah rasanya. Balik dan sampai di rumah terus hidupkan komputer dan kembalilah melayari blog dalam dunia maya kita ni.Ibnu K berasa rendah diri sangat bila melihat banyak lagi blog kawan-kawan yang lebih menawan dan mengkagumkan.

Salah satu yang menarik hari Ibnu K ialah http://bududanbelacan.blogspot.com yang rasa-rasa Ibnu K beliau ni adalah seorang wanita.

Tengok sajalah gaya penyampaiannya, tak terkelu lidah ke? Huhuhu. Ibnu K yang masih baru, umur setahun jagung dan perlahan-lahan merangkak ni seronok bila sesekali melayari blog macam ni terutamanya di waktu malam kan? Gaya taip yang bersahaja dan seakan berbual memang menjadi idaman aku setiap masa. Respek betul sapa yang boleh tulis macam tu..

Kemudian, blog kawan yang sorang ni juga mendapat perhatian jugak moviewiritngs.blogspot.com yang banyak mengisahkan atau bercerita tentang review filem. Penulisnya Azmir, memang berbakat dalam bab-bab review. Beliau selalunya menulis review filem dan juga masakan. Saya amat gembira untuk kejayaan yang dia perolehi.

Satu lagi blognya ialah thewanonly.blogspot.com yang Ibnu K maksudkan lebih banyak review tentang makanan, lokasi makanan yang sedap dan resipi yang beliau kongsikan bersama semua pembaca.

Abang Nara

Namun, segala terima kasih diberikan kepada Ahmad Nazuwan ni kerana dia lah yang banyak menolong Ibnu K dalam kembali aktif blog. Terima kasih. Beliau tidak lokek dengan ilmu yang dimilikinya. Laman blognya www.beautifulnara.com dan http://amazingnara.com sentiasa menjadi pilihan peminat pelayar blog.

p/s : nazuwan, InsyaAllah pahala ajar orang tu nanti bawak ke mati tau