LogoBlog

IKUTI LINTAS LANGSUNG DARI KAMI DI CAPITAL TV

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CERITA IBNU K | 2 komen diberi

CapitalTVLama sungguh saya tak update blog ini. Sekarang ini kan semua tengah sibuk dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang pada 5 Mei ini. Untuk pengetahuan anda, saya kini sudah memulakan tugas baru di stesen televisyen sebagai Wartawan Penyiaran. Saya kini bertugas di Capital TV sebuah stesen televisyen untuk bisnes anda bagi para pelanggan Unifi channel 420.

Lega rasanya selepas lama menganggur kembali bekerja. Saya berada di bawah bahagian berita Bahasa Malaysia bagi Capital TV yang dibuka kira-kira setahun lalu. Yang paling menarik, suasana bekerja di sini memang menyeronokkan ala-ala pejabat Google yang hebat tu. Dekat ofis Capital TV ni ada meja Ping Pong dekat tengah-tengah work space kami. Memang best!!

BIIUkxOCIAANeKw

Lepas tu bila lepas kerja diaorang layan busking kat  belakang ofis sambil layan lirik dekat iPad. Memang menarik suasana di pejabat ini. Untuk pengetahuan anda, saya akan membuat lintas langsung dari lokasi terpilih di Lembah Kelang pada Pilihan Raya Umum kali ini. Pada mulanya lokasi saya di Tanjong Karang tetapi di dimaklumkan sudah diubah ke Kota Damansara kerana ia melibatkan pertembungan enam penjuru.

Saya nak mengajaklah, sesiapa yang ada Unifi dan channel Capital TV di rumah mereka, tune in to channel 420 untuk mengikuti siaran kami sempena Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti. Saya dan beberapa wartawan lain akan membuat lintas langsung dari beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang setiap jam pada 5 Mei nanti.




JOM TENGOK BOLA!! EPL MALAYSIA CUP 2013 21 APRIL

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam SUKAN | SILA KOMENLAH SIKIT  

_MG_3016

Para peminat bola kena datang Stadium Putra Bukit Jalil pada 21 April depan Ahad untuk menonton Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup 2013. Event ni bakal menampilkan stars dari EPL dulu-dulu seperti Dietmar Hamman, Robbie Fowler, Andrew Cole, Ronny Johnsen, Tore Andre Flo dan ramai lagi.

Empat pasukan bakal berentap iaitu Liverpool, Manchester United, Malaysia Legends dan EPL All Stars. Nanti bila datang kenalah sokong pasukan Malaysia Legends sama yang akan diketuai oleh Zainal Abidin Hassan.




Harga tiket adalah RM38 dan VIP RM198 boleh anda beli secara online di www.airasiaredtix.com. Pada Jumaat sebelum solat diadakan sidang media pelancaran kejohanan itu di depan kawasan air pancut di depan Dome KLCC Dietmar Hammad bekas pemain Liverpool dan Dennis Wise, bekas pemain Chelsea datang untuk bertemu para wartawan.

Jadi kepada peminat EPL tu, datanglah ke Stadium Putra nanti ramai-ramai ya.

Malaysia Cup EPL 2013

ALOFT KL SENTRAL, A HOTEL WITHOUT ETIQUETTE

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Beberapa hari lepas saya sempat menikmati penginapan 2 hari 1 malam di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral yang lokasinya betul-betul sebelah stesen KL Sentral. Saat kali pertama melihat ruang receptionnya saya segera meneka pengurusan Aloft ingin memperlihatkan kepada tetamu bahawa hotel juga boleh berubah.

1362038987-c731f

Inilah rupa wajah reception hotel Aloft KL Sentral, pada mulanya agak susah juga nak menerima perubahan drastik keadaan sebuah hotel 5 bintang dari rekabentuk elegan dan prestij kepada bentuk yang muda dan aktif sebegini. Biasanya hotel akan menggunakan rekabentuk yang mewah, prestij dan penuh kelas tetapi dengan penampilan hotel ini, semuanya berbeza.

Bila melalui ruang legar dari lif hendak ke bilik, memang terasa diri berada dalam sebuah bangunan masa depan dengan reka bentuk moden yang ditampilkan. Terasa macam di dalam kapal angkasa pun ada. Reka bentuk hiasan bilik yang simple dan ada penggunakan hiasan gambar karikatur juga amat unik dan menceriakan.




Bookmark and Share

BILA ULAR SAKIT PERUT.. APA YANG JADI??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kita selalu menyanyikan lagu “Bangau Oh Bangau” pada adik kita, anak dan juga anak buah untuk kita dodoikan sebelum tidur. Lagu itu juga adalah lagu yang kita belajar dan nyanyikan masa di sekolah tadika dulu.

bangau oh bangauLiriknya mungkin berbeza dengan beberapa rangkap yang kita pelajari. Ikut suka anda lah macam mana anda mahu menyanyikannya. Tiba-tiba saya terfikir tentang mesej tersirat di belakang lagu ini. Kita lihat bagaimana bangau menjadi kurus dek kerana ikan yang tak timbul. Jika dilihat dari permulaan lagu sehingga akhirnya bagaimana semuanya disebabkan katak yang dimakan ular.




Bookmark and Share

M Nasir Bakal Gegar Istana Budaya Jun Ini

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

_MG_3005

Mesti ramai yang 4 tahun lepas berada di Istana Budaya kan untuk menonton Konsert Alam Muzik. Persembahan karya Dato M Nasir masa tu memang hebat. Kali ini bermula Jun nanti, Dato M Nasir bakal mengegarkan Istana Budaya dengan karya muziknya khas untuk peminatnya di negara ini.

Bakal dibawakan oleh Bombbay Worldwide dan pastinya disokong oleh Istana Budaya, konsert M Nasir kali ini diberikan nama M Nasir Sang Pencinta bakal dipentaskan  di Panggung Sari, Istana Budaya pada 7, 8 dan 9 Jun 2013 ini. Bakal tampil dengan persembahan semi-muzikal, konsert kali ini pasti punyai kelainan dengan gaya persembahan bakal tersusun dan M Nasir juga akan turut berlakon.

Menurut Pengarah dan Penerbit konsert M Nasir Sang Pencinta, Bro Bombbay persembahan M Nasir bakal dipersembahkan dengan penggabungan eleman audio dan visual membawa penonton menyelami intipati karya M Nasir dan bukan sekadar mendengar alunan lagu-lagu M Nasir.

Ia akan dipersembahkan dalam bentuk Visual Mapping yang akan diadun khas di pentas Panggung Sari.

Bagi peminat Dato M Nasir, yang ingin mendapat dan membuat tempahan tiket bagi menyaksikan konsert M Nasir Sang Pencinta, anda boleh layari laman web www.ticket2u.biz atau hubungi Pusat Panggilan ticket2u di talian 03-4147 8600. Anda juga boleh menghubungi Istana Budaya Box Office di talian 03-2161 8134.

Tiket-tiket konsert dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455. Untuk sebarang pertanyaan juga anda boleh hubungi Aida Husin – 012-2166 873.

SangPencinta




Makan-Makan di Wadihana Islamic Steakhouse

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

WadihanaTBoneSteak

Sedapnya, inilah hidangan TBone Steak di Wadihana Islamic Steakhouse. Selama ni mesti para peminat Steak dan makanan Western ni. Kita biasanya susah nak cari lokasi makan Steak yang halal kan. Kalau di KL, antara lokasinya ialah Tony Romas, Victoria Station, Outback dan TGI Fridays. Banyak lagi sebenarnya, saya namakan yang tu saja sebagai contoh.

Tapi jika anda bertandang ke Wadihana ni memang tak perlu risau sebab tu kerana ia memang disediakan halal dan bersih. Suasana santai restorannya pun sudah boleh memikat anda sekeluarga.

WadihanaSetapak




Bookmark and Share

MEREKA SANGAT COMEL!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam GELAK KETAWA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ramai antara kita yang perasan muda dan minat watak-watak kartun yang comel dan melucukan. Sebagai contoh, ramai yang minat Doraemon, Hello Kitty, Pokemon, Pingu dan banyak lagilah. Saya baru-baru ini menonton rancangan kartun yang satu ini di TV3. Tajuknya Canimals.

Kisah tin tin yang hidup menyerupai banyak rupa binatang. Memang cute.




Canimals ini adalah animasi dari Korea Selatan diterbitkan oleh Voozclub Co. Ltd di sana. Canimals menampilkan watak dengan nama-nama yang cute iaitu Ato, Mimi, Uly, Fizzy, Nia, Oz, Pow, Toki, and Leon. Di peringkat antarabangsa Canimals sudah pun ditayangkan di UK dan seluruh dunia melalui syarikat BRB Internacional.

Korang layan lah sekali sekala tengok di ofis terutama yang suka sangat mengantuk tu. Mesti layan.

Canimals

MINGGU BARU DENGAN PERKARA BARU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CERITA IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Selamat hari Rabu kepada anda semua. Mesti ramai yang sudah berada di pejabat. Kepada yang sudi membaca entry saya ini, terima kasih lah saya ucapkan. Alhamdulillah bermula minggu ini banyak perkara baru datang kepada saya dan rezeki juga sudah mula datang perlahan-lahan. Bermula minggu ini, InsyaAllah saya akan memulakan tugas di sebagai wartawan di Harian Metro.

Terima kasih kepada Harian Metro kerana sudi memberikan peluang untuk saya bergerak selaku stringer di Kuala Lumpur ini. Oleh itu, nanti kepada pembaca yang ada maklumat atau berita yang boleh saya cuba tuliskan untuk Harian Metro saya akan kongsikan caranya di laman blog ini ok.

Kemudian, saya juga akan menguruskan blog seorang artis yang juga mempunyai nama di dalam industri hiburan di tanah air Malaysia ini. InsyaAllah segala-galanya sudah selesai dan hanya menunggu tugas bermula sahaja. Lama dah tak update blog ini, dah naik berhabuk dah.

SAYANG, SAYANG, SAYANG SAAAYANG SAYANG. SAYANG, SAYANG SAYANG?

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam ISTIMEWA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Assalamualaikum, bagaimana anda semua? sihat-sihat tak selepas menghabiskan cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Saya tak ke mana pun cuti-cuti lepas. Cuma tahniah kepada sepupu saya Husaini Alias kerana telah pun melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Semoga kekal ke anak cucu.

Anda biasa dengar tak ungkapan di atas. Bagi yang pernah dengar, mungkin mereka banyak mendengarnya di banyak tempat. Masa sekolah, di kampus, masa zaman remaja-remaja lah kan. Bagi saya, saya seakan baru lah lagi mendengar ungkapan ini ketika usia meningkat remaja. Kan masa tu zaman cintan cintun. Dah lah lagu di radio pun semua lagu-lagu Slow Rock. Sebenarnya ungkapan di atas, sudah lama tercipta sejak tahun 70-an ke 80-an macam tu lah.

Untuk info korang, semalam seluruh dunia menyambut Hari Radio Sedunia. Salah satu alat penyiaran tertua di dunia. Sebabnya siaran penyiaran atau hebahan elektronik bermula dengan radio barulah datang televisyen sampailah ke iPad, iPhone, Galaxy Note ke whatever. Teknologi komunikasi bermula dengan radio.

HariRadio01

Bookmark and Share